Wednesday, May 13, 2015

Ifa Raziah - Malaysia


Interview bersama dgn Ifa Raziah
(di Sakura Kristal)


Ifa Raziah berasal dari malaysia, sepanjang sessi temuramah ifa begitu ceria senantiasa tidak lokek memberkongsi cerita hidupnya sebelum menjadi penyanyi sehingga lah beliau di kenali ramai hingga kini.  

Menyingkap kisah hidupnya sebelum menjadi penyanyi bakat beliau yang di cungkil oleh salah seorang guru di sekolahnya, beliau berjaya masuk pertandingan Asia Bagus yang akan di adakan di negeri Jepun, menurut katanya lagi hajatnya tidak kesampaian kerana pada waktu itu beliau akan mendudukki pepereksaan akhir dan lagi tidak mendapat keizinan dari orang tuanya apa tah lagi pada ketika itu beliau begitu muda dan akan merantau ke negeri orang .. jauh pulak tu, hasrat nya tidak mati disitu, setelah habis zaman persekolahan beliau meneruskan karier beliau sebagai penghibur dan mula merakamkan Album nya dan seterusnya hingga kini masih lagi aktif dan membuat persembahan di sana sini, selain pada itu bakat beliau sebagai pengacara & sebagai pelawak  semakin menyerlah, bakat yang begitu ketara membuatkan setiap kali ifa membuat persembahan rasa terhibur dan gembira melihat gelagatnya yang tidak kekok berlawak secara spontan dan dgn sikap ramah mesranya kerap membuat penonton tercuit hati.